RSS

Anda Kini Boleh Memadam Akaun Google

12 Apr

Semestinya ramai yang ingin memastikan data dan info mereka di web terurus walaupun setelah mereka tiada. Mengambil berat perkara ini, Google memperkenalkan halaman khas dinamakan sebagai Inactive Account Manager. Melalui halaman ini, pengguna boleh membuat beberapa tetapan dan mengaktifkan sokongan ini. Sebaik sahaja diaktifkan, pengguna diminta untuk memilih tempoh masa bilakah anda ingin nyah-aktifkan akaun Google anda, seperti dalam tempoh tiga bulan, enam bulan, sembilan bulan atau 12 bulan. Sekiranya anda tidak aktif (tidak mengakses langsung) akaun Google anda dalam tempoh tersebut, maka ia akan menguruskan akaun anda mengikut apa yang ditetapkan, seperti menghantar data anda kepada kenalan, dan memadamkan data anda daripada perkhidmatan Google. Melalui fungsi ini, pengguna boleh menguruskan pelbagai data mereka di Google, termasuk perkhidmatan Blogger, YouTube, Google+, Picasa, dan pelbagai perkhidmatan Google yang lain. Dan untuk memastikan data anda tidak dipadam secara tidak sengaja, sistem akan terlebih dahulu menghantar mesej ke telefon anda (yang ditetapkan pada halaman ini), dan menghantar emel kepada alamat emel kedua yang ditetapkan. Boleh dikatakan ini merupakan salah satu fungsi utama dalam pengurusan akaun Google. Bagi yang ingin mengaktifkan sokongan ini, boleh ke halaman Inactive Account Manager, dan mula membuat tetapan ini. Layari : Google Inactive Account Manager.

About these ads
 
Leave a comment

Posted by on April 12, 2013 in Security

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s