RSS

Aplikasi MyTeksi Dilancarkan Secara Rasmi

08 Jun

Ingatkah lagi dengan aplikasi MyTeksi yang pernah memulakan ujian beta sebelum ini. Hari ini, secara rasminya, pembangunnya telah pun melancarkan aplikasi mereka, sekaligus turut mengumumkan beberapa rakan kerjasama dalam menjayakan perkhidmatan tempahan teksi terus melalui peranti mudah-alih itu. Melalui aplikasi MyTeksi, ia membolehkan para pengguna menggunakan peranti iOS ataupun Android dalam membuat tempahan. Bersempena dengan pelancaran ini juga, pihak MyTeksi memberikan diskaun sebanyak RM2 untuk tempahan sehingga 30 Jun kelak. Buat masa ini, pihak MyTeksi dalam proses untuk berbincang dan menambah lebih ramai penyedia perkhidmatan teksi pada tawaran mereka. Sehingga kini, mereka telah mendapat sokongan Comfort Taxi, yang mana mempunyai lebih daripada 120 teksi dibawah mereka yang sedia menggunakan dan menyokong perkhidmatan MyTeksi. Angka tersebut disasarkan untuk ditingkatkan kepada 500 dalam masa tiga bulan lagi. Bagi anda yang sentiasa menggunakan teksi dalam perjalanan harian dan sebagainya, mungkin anda boleh memuat-turun aplikasi Android dan juga iOS yang disediakan untuknya, dan memudahkan lagi proses anda mendapatkan teksi selepas ini.

 
Leave a comment

Posted by on June 8, 2012 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s