RSS

Microsoft Memperlihatkan Sokongan Xbox SmartGlass Dan Internet Explorer Pada Xbox

08 Jun

Pada acara E3 yang diadakan sepanjang minggu ini, Microsoft telah pun memulakannya pada awal pagi tadi dengan memperlihatkan pelbagai perkara baru pada Xbox, dan salah satu fungsi yang turut sama diperlihatkan oleh Microsoft adalah Xbox SmartGlass. Melalui SmartGlass, ia membolehkan para pengguna sentiasa dalam keadaan sync antara kandungan pada Xbox, Windows 8 dan juga Windows Phone. Ia turut sama diperkatakan yang mana Microsoft turut sama akan menawarkan sokongan SmartGlass ini pada Android dan juga iOS. SmartGlass membolehkan anda menonton sesuatu video pada tablet, dan kemudiannya menyambungnya pada telefon pintar ataupun pada Xbox dengan mudah. Pada masa yang sama, dengan integrasi sokongan SmartGlass dan juga Kinect, Microsoft turut memperkenalkan Internet Explorer pada Xbox. Dari segi apa yang dipertontonkan, antaramukanya kelihatan sama seperti antaramuka Metro pada Windows 8. Mungkin ianya sekaligus memudahkan integrasi sokongan SmartGlass pada pelbagai peranti, disamping memberikan pengalaman penggunaan yang sama pada semua peranti.

 
Leave a comment

Posted by on June 8, 2012 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s