RSS

Nokia Lumia 610 Dengan Windows Phone Tango

08 Jun

Salah satu peranti Windows Phone yang dilancarkan baru-baru ini untuk pasaran Malaysia adalah Nokia Lumia 610. Menariknya, melalui peranti ini, Nokia mensasarkan kepada pengguna remaja, dan yang ingin mencuba platform Windows Phone dengan menawarkannya pada harga RM699 di pasaran Malaysia. Nokia Lumia 610 merupakan peranti Windows Phone dengan spesifikasi rendah, dimana ia hanya membawakan cip pemprosesan 800MHz ARM Cortex-A5 dengan GPU yang dijana Adreno 200, serta 256MB RAM. Ia turut didatangkan dengan ruangan storan terbina sebanyak 8GB, kamera 5-megapixel, dan skrin sentuh seluas 3.7-inci. Peranti ini turut menggunakan kad mikro-SIM Walaupun membawa spesifikasi yang rendah, namun ia dilihat ianya dioptimasikan sepenuhnya untuk Windows Phone Tango, dimana peranti tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Disamping itu, beberapa aplikasi berguna turut didatangkan bersama-sama dengannya seperti Nokia Drive, dan juga Microsoft Office. Berbeza daripada apa yang dilihat pada gambar sebelum ini, apabila memegangnya sendiri, ia kelihatan lebih solid dan menarik. Namun, seperti biasa, beberapa aplikasi masih terhad dan tidak boleh digunakan pada peranti ini disebabkan RAM yang rendah. Tetapi, sekiranya anda ingin mencuba sendiri peranti Windows Phone, mungkin ini adalah salah satu peranti yang menarik untuk anda, ataupun sekiranya anda ingin mendapatkan peranti yang lebih berkuasa tinggi, mungkin boleh membeli Nokia Lumia 900 yang telah mula dijual dibeberapa Nokia Store tempatan.

 
Leave a comment

Posted by on June 8, 2012 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s