RSS

Bagaimana Menghantar Mesej Tersembunyi Pada Gambar

11 Jun

Secara ringkasnya, steganografi bermaksud menyembunyikan sebuah fail didalam fail yang lain, dan digunakan untuk menghantar sesuatu kepada rakan atau pihak yang lain, supaya kandungannya tidak ditafsirkan oleh pihak yang tidak diingini. Walaupun ianya kelihatan agak sukar untuk dijayakan, namun, anda boleh membuatnya dengan mudah melalui beberapa aplikasi, dan salah satunya adalah DeEgger Embedder. Melalui aplikasi yang dikhaskan untuk pengguna Windows, anda boleh menyembunyikan pelbagai bentuk fail, daripada teks kepada dokumen dan sebagainya pada fail berbentuk media, termasuk imej, video dan juga audio. Untuk membuatnya, anda dikehendaki memuat-turun aplikasi DeEgger Embedder bersaiz sekitar 500kb. Sebaik sahaja anda selesai memasangnya, sebuah tetingkap akan muncul, dengan pilihan untuk Combine, dan Extract. Untuk mengabungkan dan menyertakan mesej tersembunyi pada sesuatu gambar, anda hanya perlu memilih Combine, dan pada bahagian Host File, masukkan fail berbentuk gambar, video atau audio. Pada bahagian Embed, masukkan fail yang ingin disembunyikan. Klik pada Combine apabila selesai, dan sebuah fail baru akan dihasilkan. Sekiranya dilihat, fail yang dihasilkan akan menyerupai sepenuhnya seperti fail gambar, video atau audio yang asal, dimana anda boleh memainkannya seperti biasa. Ia sekaligus menjadikannya agak selamat sekiranya anda ingin menghantar kepada pihak lain dan sebagainya. Dan untuk membuka fail tersembunyi tersebut, anda memerlukan perisian yang sama, iaitu DeEgger Embedder untuk membukanya. Sebaik sahaja memilih pilihan Extract, anda boleh terus melihat fail dokumen tersembunyi yang didatangkan bersama-sama dengannya. Jadi, dengan mudah anda turut sama boleh menyembunyikan fail dalam gambar mahupun video dan menghantar kepada rakan-rakan anda.

 
Leave a comment

Posted by on June 11, 2012 in App, Security, Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s