RSS

Bagaimana Mengikuti Instagram Melalui Google Chrome

11 Jun

Instagram, sejak daripada sebelum pengambil-alihan oleh Facebook, merupakan salah satu komuniti yang aktif dalam perkongsian gambar, disamping aktif meninggalkan komen dan Like pada gambar. Menariknya, sebelum ini memerlukan anda untuk menggunakan peranti pintar anda untuk melakukannya, kini sebagai alternatif, anda boleh melakukannya terus melalui pelayar web Chrome. Seperti biasa, ia ditawarkan dalam sebuah aplikasi khas, dan boleh dipasang pada Chrome secara percuma, dengan hanya melayari Chrome WebStore. Sebaik sahaja selesai memasangnya, sebuah ikon khas, iaitu ikon Instagram akan ditambah pada bahagian kanan bar URL. Untuk mula mengaksesnya, anda hanya perlu kliknya, dan untuk pertama kali, anda akan diminta untuk log masuk dan memberikan akses kepada Instagram. Selesai memberikan akses, ia akan menarik semua kemaskini terkini, membolehkan anda melayari gambar-gambar yang dikongsikan rakan anda dengan mudah terus melaluinya. Anda juga boleh meninggalkan komen, dan “Like” sesuatu gambar terus melalui Chrome berkenaan selain melihat gambar yang dikongsikan rakan-rakan anda. Anda juga boleh mengakses halaman profil anda, serta melihat gambar-gambar popular melalui aplikasi Chrome ini. Sekiranya anda berminat, boleh memasangnya dan mengakses serta mengikuti kemaskini Instagram, dimana bukan sahaja pada peranti pintar, tetapi turut sama melalui pelayar web Chrome desktop anda.

 
Leave a comment

Posted by on June 11, 2012 in App, Web Browser

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s