RSS

Blogr 2.0 Membawakan Pelbagai Fungsi Baru

11 Jun

Blogr.my merupakan salah satu laman aggregator tempatan, membolehkan ramai pengguna berkongsi artikel dengan mudah bersama pembaca yang lain. Setelah beroperasi sejak tahun lepas, kini Blogr.my hadir dengan antaramuka baru, yang membawakan pelbagai perkara menarik bersama-sama dengannya serta mengikut trend semasa beberapa laman sosial yang lain. Walaupun ia serba sebanyak dioptimasikan untuk peranti mudah-alih. Salah satu perkara yang dianggap menarik pada antaramuka baru ini adalah dimana rekabentuknya kemas, dan senang untuk digunakan. Iklan juga tidak begitu menganggu. Kotak sembang pada penjuru bawah kanan juga kelihatan lebih kemas, dan tidak menganggu sekiranya pengguna sekadar ingin menggunakan laman sahaja tanpa menghiraukannya.

Saluran Untuk Setiap Kategori Melalui rekabentuk baru, dan versi 2.0 ini juga turut membawakan pembahagian artikel mengikut kategori dengan lebih menarik lagi. Bagi yang biasa dengan laman Reddit, mungkin sedia maklum dengannya, dimana setiap kategori mempunyai URL khas, serta dijenamakan mengikut kategorinya tersendiri. Antara kategori yang diperkenalkan adalah Teknobit untuk berita teknologi, Sokan untuk berita sukan, Addin untuk artikel agama, dan pelbagai kategori yang lain, mengikut jenis dan tajuk artikel masing-masing. Untuk pendaftaran, seperti biasa, ia masih menggunakan Facebook Connect. Bagi pengguna sedia ada, boleh menggunakan akaun mereka, disamping pengguna baru boleh mendaftarkannya dengan mudah melalui hanya beberapa klik sahaja.

Butang khas untuk Ping ataupun dengan erti kata lain, untuk menghantar artikel ke laman Blogr untuk dikongsikan bersama yang lain kini tampak jelas pada penjuru atas kanan. Sebaik sahaja klik padanya, anda boleh menghantar artikel daripada sebarang URL, ataupun memilih daripada blog anda sekiranya ada. Seperti biasa, setiap pengguna mendapat halaman profil masing-masing, membolehkan anda mengetahui artikel-artikel yang pernah dihantar oleh anda dengan mudah. Perkara ini sekaligus membolehkan anda menggunakan Blogr sebagai alternatif untuk bookmark kandungan menarik, seumpama Delicious dan sebagainya. Disamping itu, apabila melayari kandungan yang dikongsikan pada Blogr, sebuah bar khas, seumpama Stumble Upon akan disertakan. Bar ini dioptimasikan sepenuhnya, dan tidak bersaiz besar.

Pada masa yang sama, pengguna juga boleh mendapat akses pantas ke butang sosial melalui bar tersebut, disamping membaca artikel-artikel yang lain dengan lebih pantas tanpa perlu kembali ke laman utama Blogr. Melalui sokongan artikel tersebut, para pengguna bukannya diperlihatkan mengikut kategori, sebaliknya artikel secara am. Blogr.my 2.0 juga turut didatangkan dengan sistem mata, membolehkan para pengguna mengumpulkan mata. Namun, ianya masih tidak pasti sepenuhnya bagaimana ianya dikira, dan apakah yang boleh dilakukan oleh mata terkumpul tersebut. Semestinya pembangunnya mempunyai perancangan tersendiri yang masih belum diperlihatkan kepada umum. Bagi yang berminat, boleh melayari laman Blogr.my dan melihat sendiri rekabentuk baru yang dibawakan oleh mereka kepada komuniti blog tempatan.

 
Leave a comment

Posted by on June 11, 2012 in Web Social

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s