RSS

Komputer Riba HP Folio 13

11 Jun

HP Folio 13 memfokuskan kepada para pengguna perniagaan dan perusahaan, dan baru-baru ini beberapa pengguna telah berpeluang untuk menguji dan menggunakannya sendiri. Seperti biasa, ketika membeli sesuatu komputer riba mahupun sebarang peralatan seperti gajet dan sebagainya, salah satu perkara yang diberikan perhatian adalah berkenaan dengan spesifikasinya. Melalui HP Folio 13 ia dijana menggunakan Intel Core i5 1.6GHz sama seperti yang terdapat pada Acer Aspire S3, menggunakan Windows 7 Home Premium, 4GB RAM, dan membawakan sistem berasaskan 64-bit padanya. Jikalau dibandingkan dari segi penggunaan papan kekunci, ianya kelihatan lebih selesa berbanding dengan Acer Aspire S3, walaupun pada permulaan agak jangal sedikit dengan penggunaan trackpad padanya. Trackpad terbina turut membawakan sokongan multi-touch memudahkan anda untuk zoom dan mentatal melaluinya. Dari segi rekabentuk, ia membawakan rekabentuk yang amat nipis serta ringan, sesuai untuk mereka yang selalu bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Daya tahan bateri sehingga 6 jam ketika aktif membuat kerja juga salah satu tambahan yang baik untuknya. Ulasan penuh HP Folio 13 ini akan dibentangkan dalam masa beberapa hari lagi.

 
Leave a comment

Posted by on June 11, 2012 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s