RSS

Membuat Peta Minda Lebih Menarik Dan Interaktif

11 Jun

Mindomo merupakan salah satu aplikasi membuat peta minda yang ditawarkan pada pelbagai platform, dimana bukan sahaja pada dekstop tetapi turut sama pada peranti mudah-alih iaitu pada iPad dan juga Android. Melaluinya, ia menyediakan pelbagai fungsi asas dalam membina peta minda, disamping pada masa yang sama berkolaborasi bersama-sama dengan rakan anda dalam membangunkan sesuatu peta minda. Mindomo boleh dikatakan sebagai salah satu aplikasi yang amat berguna kepada semua dan ditawarkan melalui web, selain turut diintegrasikan pada Google Apps. Aplikasi desktopnya turut menyokong pengguna Windows, Mac OS X, dan juga Linux melalui penggunaan Adobe Air. Ia turut sama boleh digunakan secara luar-talian, dan sync dengan web apabila anda online. Ia membolehkan anda membina sesuatu peta minda dengan lebih mudah dan pantas ketika bergerak. Perkara utama yang membuatkan ramai tertarik pada Mindomo adalah semestinya ianya percuma. Selain daripada itu, ia menyediakan sebuah platform khas untuk pengguna membina peta minda dengan pantas dan mudah, disamping menggunakan rekabentuk yang professional. Melalui Mindomo, para pengguna boleh memilih pelbagai rekabentuk tema yang disediakan, disamping mengubah sendiri warna latar, jenis tulisan, dan sebagainya supaya mengikut citarasa dan pilihan anda. Anda turut sama boleh memilih rekabentuk peta minda anda, supaya disesuaikan dengan topik yang anda ingin catatkan dan sebagainya. Selain daripada itu, ia juga membolehkan anda menambah pelbagai perkara lain, termasuk gambar, ikon, dan juga komen untuk sesuatu isi. Perkara ini menjadikan peta minda yang dihasilkan lebih interaktif, dan sokongan menambah nota dan komen untuk sesuatu isi membolehkan anda menerangkan sesuatu isi itu dengan lebih terperinci lagi. Mindomo didatangkan dengan sokongan pendaftaran sekiranya anda ingin sync fail dan peta minda anda ke web mereka. Namun, apa yang menariknya, anda juga turut sama boleh menggunakan aplikasi mereka tanpa sebarang pendaftaran dan bebas daripada sebarang iklan. Sekiranya anda berminat, boleh memuat-turun aplikasi Mindomo berkenaan dan mencubanya sendiri.

 
Leave a comment

Posted by on June 11, 2012 in App, Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s