RSS

Samsung Menolak Spekulasi Pengambil-alihan Nokia

11 Jun

Lanjutan daripada ura-ura mengatakan Samsung bakal mengambil-alih Nokia sebelum ini, kini laman Reuters telah pun mendapatkan maklumbalas daripada pihak Samsung, sekaligus menolak dengan mengatakan ianya hanyalah spekulasi semata-mata dan laporan tersebut adalah tidak benar. Ura-ura berkaitan dengan pembelian Nokia oleh Samsung bukanlah kali pertama dilaporkan, dimana sebelum ini, pada tahun lepas perkara sama juga turut kedengaran. Sekiranya benar-benar berlaku, ia tetap akan mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan pengambil-alihannya, memandangkan ia mengambil masa yang lama untuk dipersetujui oleh pelbagai badan-badan besar. Untuk makluman, pengambil-alihan Motorola Mobility oleh Google sendiri telah mendapat pelbagai komen berbeza-beza daripada pelbagai pihak, sebelum ianya selesai diambil-alih sepenuhnya pada tahun ini. Dengan pihak Samsung yang menolak ura-ura ini, maka kini Samsung dan Nokia mungkin perlu kembali bersaing sepenuhnya. Samsung akhir-akhir ini, melabur pada pelbagai projek Linux, dam memfokuskan pada Android sepenuhnya, berbeza dengan Nokia yang memfokuskan kepada Windows Phone dan juga peranti mampu milik melalui keluarga Nokia Asha.

 
Leave a comment

Posted by on June 11, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s