RSS

TaxiMonger Bakal Diintegrasikan Bersama Dengan Teknologi SecQ.me

11 Jun

Dengan perlumbaan diantara penyedia perkhidmatan aplikasi tempahan teksi, kini TaxiMonger kelihatan bekerjasama dengan salah satu aplikasi yang memfokuskan kepada keselamatan iaitu SecQ.me. Berita lanjut berkaitan dengan perkara ini dijangka akan diumumkan pembangunnya dalam bulan ini. Untuk makluman, melalui SecQ.me, ia menyediakan sebuah aplikasi ringkas, membolehkan anda menentukan lokasi yang dituju, dan memastikan anda tiba disesuatu lokasi dengan selamat. Pada masa yang sama, ia turut didatangkan dengan sokongan butang kecemasan, membolehkan anda menghantar mesej kecemasan kepada mereka yang terdekat (Termasuk diintegrasikan kepada laman sosial). Dengan kerjasama kedua-dua pembangun aplikasi ini, ia akan membolehkan mereka yang mengambil dan membuat tempahan melalui TaxiMonger tiba disesuatu lokasi dengan selamat. Pengumuman lanjut mengenai perkara ini dijangka akan diumumkan oleh TaxiMonger dalam bulan ini. Selain daripada itu, ia juga diketahui dimana TaxiMonger kini hanya ditawarkan untuk pengguna Android dan bakal menambah tawaran mereka untuk pengguna iOS sekitar bulan Julai kelak, dan untuk pengguna BlackBerry dua bulan selepas itu.

 
Leave a comment

Posted by on June 11, 2012 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s