RSS

Apple Memperkenalkan Aplikasi Peta Tersendiri

16 Jun

Salah satu perkara yang hangat diperkatakan sejak beberapa minggu lepas adalah sokongan aplikasi peta baru pada iOS 6, dimana dibangunkan sendiri oleh Apple, menggantikan Google Maps yang digunakan selama ini. Hari ini, Apple sendiri telah memperkenalkannya secara rasmi pada WWDC 2012. Melalui Maps pada iOS 6, ia membawakan pelbagai perkara menarik pada aplikasi peta untuk pengguna iOS. Apple turut sama memberikan perhatian kepada aplikasi peta mereka, membawakan pelbagai sokongan popular, termasuk sokongan kemaskini trafik masa-nyata dan juga untuk digunakan dalam navigasi. Untuk kemaskini trafik masa-nyata, aplikasi Maps ini membawakan fungsi seumpama pada Waze, membolehkan anda mengetahui keadaan jalan raya, seperti pembinaan, kemalangan dan sebagainya, serta mengira berapakah masa yang diambil untuk tiba di sesuatu lokasi. Selain daripada itu, ia turut menyertakan fungsi yang dinamakan sebagai Flyover, membolehkan anda melihat bandar-bandar dan peta anda dalam bentuk 3D yang amat menarik sekali. Namun seperti biasa, ia masih tidak diketahui sama ada beberapa fungsi pada aplikasi peta baru ini akan diperkenalkan kepada pengguna seluruh dunia, atau hanya spesifik untuk beberapa lokasi sahaja.

 
Leave a comment

Posted by on June 16, 2012 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s