RSS

Apple Memperkenalkan iOS 6

16 Jun

Apple secara rasminya telah pun memperkenalkan platform mudah-alih generasi baru mereka, iaitu iOS 6 dimana membawakan pelbagai fungsi baru bersama-sama dengannya, diantaranya adalah sokongan integrasi Facebook dan juga aplikasi peta yang baru. iOS 6 didatangkan bersama-sama dengan perkhidmatan peta yang baru, mengantikan Google Maps yang digunakan sebelum ini. Ia juga turut didatangkan bersama-sama pelbagai fungsi menarik, termasuk paparan dalam bentuk 3D, sokongan info trafik masa-nyata, dan juga sokongan navigasi. Siri telah menjadi salah satu perkara hangat yang diperkatakan sejak ia dilancarkan pada iPhone 4S tahun lepas. Dan kini, melalui iOS 6, Apple turut membawakan sokongan Siri kepada iPad. Disamping itu, Siri juga kini diintegrasikan dengan pelbagai data, daripada berkaitan sukan, restoran dan sebagainya. Melalui iOS 6 juga, Siri membolehkan para pengguna membuka aplikasi dengan mudah melaluinya, disamping mengemaskini Twitter dan Facebook dengan hanya membacakan status kepadanya sahaja. Jikalau pada tahun lepas, Apple membawakan sokongan integrasi Twitter, kali ini, Facebook pula diintegrasikan dengan menyeluruh pada iOS 6. Para pengguna kini dengan mudah boleh berkongsi gambar terus daripada kamera dan galeri, berkongsi lokasi dari peta, berkongsi pautan menarik daripada Safari dan sebagainya. Ia juga turut diintegrasikan pada AppStore, membolehkan anda melihat aplikasi menarik yang di “Like” rakan-rakan anda, sekaligus menjadikan AppStore lebih sosial lagi. Salah satu fungsi baru pada iOS 6 adalah aplikasi Passbook. Melaluinya, ia membolehkan anda menyimpan pelbagai perkara penting, seperti kad-kad ganjaran, tiket digital, kupon, dan sebagainya terus padanya, dan mengakses serta menguruskannya dengan mudah melalui aplikasi tersebut. Sejak dilancarkan, salah satu perkara yang diminta oleh para pengguna adalah sokongan untuk menggunakannya melalui talian data masing-masing selain daripada WiFi sahaja. Kini, melalui iOS 6, Apple membolehkan anda membuat panggilan video kepada rakan-rakan anda dengan mudah, dari mana sahaja anda berada melalui rangkaian 3G anda. iOS 6 juga membawakan kemaskini kepada cara menjawab panggilan, membolehkan anda menjawab panggilan suara dengan mesej, ataupun mengaktifkan sokongan Do Not Disturb untuk mengelakkan anda diganggu pada sesuatu masa. Aplikasi pengurusan emel, dan juga pelayar web Safari turut menerima kemaskini, membawakan pelbagai perkara baru bersama-sama dengannya.

 
Leave a comment

Posted by on June 16, 2012 in Mobile Phone, OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s