RSS

Bukan Semua Fungsi iOS 6 Boleh Digunakan Pada iPhone 3GS Dan iPhone 4

16 Jun

Pada awal pagi tadi, Apple secara rasminya telah pun mengumumkan iOS 6 dimana bakal dilancarkan kepada umum sekitar bulan September atau Oktober kelak. Walaupun iPhone 3GS dan juga iPhone 4 bakal menerima kemaskini tersebut, beberapa fungsi yang didatangkan dengan iOS 6 tidak boleh digunakan pada peranti tersebut. Salah satunya adalah sokongan peta. Walaupun pada iOS 6 kelak ia akan membawakan peta yang dibangunkan sepenuhnya oleh Apple, namun, sokongan navigasi (turn-by-turn) tidak boleh digunakan pada iPhone 3GS dan juga iPhone 4. Sokongan paparan 3D yang dipanggil Flyover juga turut sama tidak akan disokong pada kedua-dua peranti ini. Perkara sama juga untuk Siri, dimana kedua-dua peranti ini tidak akan menerimanya, dan akan dijadikan eksklusif untuk iPad Baru dan juga iPhone 4S. Pada masa yang sama, iPad generasi pertama yang dilancarkan pada tahun 2010 tidak akan menerima kemaskini iOS 6, salah satu perkara yang mungkin akan mengecewakan penggunanya di seluruh dunia.

 
Leave a comment

Posted by on June 16, 2012 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s