RSS

Laman PitchIN Dengan Antaramuka Baru

16 Jun

Laman PitchIN.my hari ini memperkenalkan rekabentuk antaramuka yang baru lebih kemas, serta pada masa yang sama memulakan proses mengumpulkan dana untuk pelbagai projek yang terdapat pada laman tersebut. Buat masa ini, sebanyak 6 projek disenaraikan, dimana kebanyakkan terdiri daripada penerbitan. Bagi yang tidak kenali akan PitchIN, ia membawakan konsep yang menyerupai KickStarter, membolehkan seseorang mengumpulkan dana dengan mudah untuk sesuatu projek yang bakal dibangunkan oleh mereka. Daripada dana yang dikumpulkan, pihak PitchIN mengambil wang pemprosesan sebanyak 5%, dan sekiranya sesuatu pengumpulan dana itu gagal, semua wang yang dikumpulkan akan dikembalikan kepada pemilik asal mereka. Namun, seperti versi asal, kemaskini rekabentuk ini juga mempunyai pelbagai kekurangan, dimana sepatutnya disiapkan sepenuhnya sebelum dilancarkan kepada umum. Walaupun PitchIN telah mula aktifkan kebolehan untuk menyumbang wang untuk sesuatu projek, tetapi ia masih tidak mengaktifkan halaman profil untuk penyumbang tersebut. Perkara ini sekaligus menyukarkan untuk pengguna yang ingin menyumbang untuk mengetahui apakah projek-projek yang telah mereka sertai. Pada masa yang sama, apa yang menjadi kekurangan adalah dimana kita boleh membuat sumbangan tanpa perlu log masuk. Tetapan pada halaman PayPal juga adalah tidak betul dengan apa yang dipaparkan pada sistem mereka. Sebagai contoh, projek memaparkan tempoh sehingga 60 hari untuk mengumpulkan dana, tetapi tetapan PayPal dibuat tamat tempoh dalam masa 30 hari. Berbeza dengan Kickstarter ia hanya mengenakan caj selepas projek tersebut tamat dan berjaya. Disamping itu, projek yang dipaparkan juga tidak menyertakan sasaran dana yang diperlukan oleh mereka. Malah siapakah disebalik halaman PitchIN sendiri adalah kurang diterangkan pada halaman tersebut. Terdapat beberapa perkara lain yang turut sama perlu diberi perhatian oleh pembangun supaya para pengguna tidak begitu was-was dalam menyokong projek yang tersenarai, dan sebagainya.

 
Leave a comment

Posted by on June 16, 2012 in eCommerce

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s