RSS

Menggunakan iOS 6 Beta 1 Pada iPhone dan iPad

16 Jun

Apple telah pun memperkenalkan iOS 6 Beta kepada para pembangun pada acara tahunan WWDC mereka. Namun, sekiranya anda ingin mencubanya sendiri, boleh melakukannya tanpa memerlukan UDID dan sebagainya. Dan sebelum memulakannya, hendaklah sedia maklum dimana perkara ini tidak disokong oleh Apple, memandangkan ianya dikhaskan untuk para pembangun sahaja. Malah, memandangkan ianya masih lagi pada peringkat beta, mungkin terdapat pelbagai masalah dan kekurangan padanya. Sekiranya anda sedia ketahui semua ini, dan ingin meneruskannya, maka anda boleh memuat-turun iTunes 10.6.3, dan memasangnya pada komputer anda. Buat salinan pendua untuk data-data yang terdapat pada peranti anda untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Muat-turun fail iOS 6 Beta 1 mengikut spesifikasi peranti anda. Ianya bersaiz hampir 800MB, maka mungkin akan mengambil sedikit masa yang lama untuk selesai dimuat-turun fail yang berformat .ipsw itu. Selesai sahaja memuat-turunnya, sambungkan peranti anda kepada iTunes. Pada komputer Windows, tekan pada kekunci Shift, sambil klik pada butang “Check for Update”, manakala pada Mac OS X, tekan pada kekunci Option sambil klik pada butang “Check for Update”. Pada kotak dialog seterusnya, anda akan diminta untuk memilih fail IPSW. Pilih fail yang dimuat-turun sebentar tadi dan mulakan proses menaik-taraf. Dalam beberapa belas minit, proses menaip-taraf akan selesai, sekaligus membolehkan anda menggunakan iOS 6 Beta melaluinya. Namun, seperti dimaklumkan pada awal, perkara ini tidak disokong oleh Apple, dan anda perlu lakukannya atas risiko sendiri. Apple dijangka akan memperkenalkan iOS 6 kepada para pengguna iPhone 3GS, iPhone 4, iPhone 4S, iPad 2, iPad 3 dan iPod Touch 4 dalam bulan September atau Oktober kelak.

 
Leave a comment

Posted by on June 16, 2012 in Gadjet, Mobile Phone, OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s