RSS

Perancangan Xbox Generasi Baru Kelihatan Melalui Dokumen Yang Tersebar Di Internet

16 Jun

Setelah beberapa tahun konsol Xbox 360 diperkenalkan, laporan mengenai konsol generasi baru mereka, dikenali sebagai “Xbox 720″ buat masa ini telah pun mula kedengaran sejak beberapa bulan sebelum ini. Dan hari ini, sebuah dokumen khas tersebar di arena internet, memperlihatkan perancangan untuk konsol generasi baru daripada Microsoft itu. Melalui dokumen tersebut, beberapa perkara yang dikongsikan adalah termasuk berkenaan Xbox 720 dan juga Kinect 2. Konsol generasi baru daripada Microsoft itu dikatakan akan membawakan sokongan memainkan Blu-ray, output dalam bentuk 3D, dan pelbagai aksesori tambahan padanya. Dari segi prestasi pula, ia mengatakan akan membawakan prestasi sehingga 6 kali ganda lebih baik berbanding sekarang. Pada masa yang sama, ia juga mengatakan kandungan akan di sync pada pelbagai peranti sepertimana diumumkan oleh Microsoft baru-baru ini, iaitu melalui penggunaan SmartGlass. Walaubagaimanapun, memandangkan dokumen tersebut hadir daripada perbincangan pada tahun 2008, berkemungkinan beberapa perkara telah ditambah baik, dengan teknologi yang lebih terkini. Pada masa yang sama juga kesahihan berkaitan dengannya tidak diketahui, apatah lagi Microsoft semestinya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengan ini. Jadi, mungkinkah kita akan dapat melihat pengumuman Xbox generasi baru pada tahun hadapan ?

 
Leave a comment

Posted by on June 16, 2012 in Gadjet, Games

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s