RSS

Telekom Malaysia Melancarkan My1Content

16 Jun

Telekom Malaysia telah pun mengadakan sebuah acara khas untuk pelancaran perkhidmatan baru mereka yang dinamakan sebagai My1Content. Laman tersebut juga turut dibangunkan oleh TM hasil kerjasama dengan kerajaan Malaysia. Menurut TM, ia adalah salah satu platform yang membolehkan para pembangun kandungan tempatan seperti video, audio, aplikasi dan permainan untuk berinteraksi dengan pembeli berpotensi melalui laman tersebut. Mungkin secara tidak langsung, ia membolehkan My1Content menjadi rujukan sebagai direktori untuk kandungan-kandungan tempatan kepada semua pengguna. Daripada apa yang kelihatan, untuk aplikasi dan permainan, My1Content hanya memaparkan pautan untuk meninggalkan komen dan juga menghubungi pembangunnya sahaja. Tiada sebarang pautan disediakan untuk memuat-turun mahupun untuk membelinya. Perkara ini sekaligus agak mengecewakan, sekaligus menjadikan apakah motif pengenalan laman tersebut. Untuk video dan audio pula, pautan disediakan untuk memainkan sesuatu lagu mahupun filem pendek itu. Memandangkan Telekom Malaysia merupakan nama besar, dipercayai mereka telah memeterai perjanjian bersama-sama dengan pelbagai jenama muzik dalam memaparkan lagu mereka di laman tersebut, disamping turut mempromosikan pembangun kandungan yang baru melaluinya. Memandangkan ianya mempromosikan industri kreatif negara, ada baiknya sekiranya ia direkabentuk dengan lebih menarik, disamping pada masa yang sama dijadikan mesra peranti mudah-alih dengan pelbagai saiz skrin. Bagi yang berminat, boleh melihat sendiri laman My1Content hari ini yang dibangunkan bersama oleh Telekom Malaysia itu.

 
Leave a comment

Posted by on June 16, 2012 in Web Social

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s