RSS

Vizio Menyertai Pengeluar Komputer Yang Lain Melalui AIO Dan Ultrabook

16 Jun

Tedapat puluhan pengeluar komputer di pasaran, dan terkini yang menyertai industri pengeluaran komputer adalah Vizio. Namun, apa yang uniknya adalah dimana melalui dua produk baru yang diperkenalkan oleh Vizio hari ini, ia membawakan rekabentuk yang amat minimalis dan menarik sekali berbanding pelbagai syarikat pengeluar PC yang lain. Vizio memasuki pasaran dengan memperkenalkan All-In-One PC (bersaiz 24-inci dan 27-inci) dan juga komputer riba (bersaiz 14-inci dan 15.6-inci). Melalui All-In-One PC, selain daripada saiz paparan yang berbeza, ia membawakan sokongan resolusi HD penuh, menggunakan cip pemprosesan Intel Core generasi ketiga, ruangan storan terbina melebihi 1TB dan juga 32GB SSD, pilihan Intel HD 4000 atau NVIDIA GeForce Kepler, sokongan slot USB 3.0, dan juga RAM antara 4GB hingga 8GB. Komputer riba Ultrabook daripada mereka turut sama menggunakan cip pemprosesan dari keluarga yang sama, dengan sokongan paparan HD+ serta ruangan storan sehingga 128GB SSD, masa bertahan bateri sehingga 7-jam, kamera hadapan 1.3-megapixel, sokongan Intel HD 4000, dan 4GB RAM. Dengan penyertaan Vizio melalui peranti dengan rekabentuk yang amat menarik ini, semestinya kita boleh melihat produk-produk yang lebih berkuasa dan berkualiti tinggi daripada mereka pada masa akan datang. Buat masa ini, ia masih belum ditawarkan di Malaysia, namun boleh dibeli melalui laman Amazon dan sebagainya, bermula hari ini.

 
Leave a comment

Posted by on June 16, 2012 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s