RSS

Bagaimana Membuka Pautan Adfly, Linkbucks Dan Lain-Lain Dengan Pantas

23 Jun

Pada hari ini, adalah salah satu perkara yang biasa apabila kita ingin memuat-turun sesuatu perkara atau ingin ke sesuatu laman, pautan dilindung dengan beberapa perkhidmatan lain, seperti Adfly dan Linkbucks, memerlukan anda ke laman tersebut terlebih dahulu, dan menantikan beberapa saat, sebelum klik pada apa yang perlu, dan meneruskan aktiviti anda. Kini, anda boleh melakukan proses tersebut dengan lebih pantas lagi, dimana ianya dibawa ke pautan asal dengan pants secara automatik, tanpa memerlukan anda klik dan sebagainya. Perkara ini boleh dilakukan dengan mudah melalui sebuah script khas dinamakan sebagai Redirection Helper. Ia boleh digunakan pada Firefox anda, melalui sokongan add-on seperti GreaseMonkey ataupun Scriptish. Sebaik sahaja anda sedia memasangnya pada pelayar web Firefox anda, boleh ke laman UserScript untuk Redirection Helper, dan memasangnya. Sebaik sahaja anda memasangnya, ia akan diaktifkan secara automatik, membolehkan setiap pautan Adfly, Lincbucks, Lnk.co dan pelbagai lagi, terus dibawa ke pautan asal, tanpa perlu anda melalui pelbagai proses yang memerlukan anda klik dan sebagainya. Jadi, bagi anda yang selalu terjebak dengan pautan Adfly dan sebagainya, mungkin boleh mencuba Redirection Helper ini, sekaligus memudahkan proses anda untuk tiba ke halaman asal dengan lebih pantas dan mudah lagi.

 
Leave a comment

Posted by on June 23, 2012 in Security, Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s