RSS

Belajar Bahasa Secara Interaktif Melalui DuoLingo

23 Jun

Ingin pelajari bahasa tambahan ? Di arena internet terdapat pelbagai pusat rujukan, dan salah satu yang baru dilancarkan kepada umum adalah DuoLingo, dimana menawarkan sokongan pembelajaran bahasa tambahan secara mudah melalui perkhidmatan mereka. Buat masa ini, DuoLingo hanya menyediakan sokongan pembelajaran bahasa Jerman, Sepanyol dan juga Perancis. Beberapa daripadanya masih lagi pada peringkat beta, dan mungkin lebih banyak bahasa akan ditambah pada masa akan datang. Menariknya mengenai pembelajaran melalui DuoLingo adalah dimana ia memudahkan proses pembelajaran secara interaktif. Anda bukan sahaja akan diajar cara untuk menulis, tetapi turut sama melibatkan sebutan dan pendengaran. Selain daripada menaip, laman tersebut juga meminta anda melakukan input dalam bentuk suara menggunakan mikrofon, untuk menilai cara sebutan anda untuk sesuatu bahasa. Setiap tahap pembelajaran juga disusun rapi, dan anda boleh melihat perkembangan semasa anda daripada laman profail pada DuoLingo. Ia memudahkan proses pendaftaran dengan menyertakan sokongan untuk menarik data daripada Facebook dan juga Twitter, sekaligus membolehkan anda memulakan proses pembelajaran dengan pantas. Bagi yang berminat, boleh mempelajari bahasa tambahan dengan mudah melalui DuoLingo, sekaligus memudahkan anda berinteraksi dengan rakan-rakan anda di luar negara.

 
Leave a comment

Posted by on June 23, 2012 in Info ICT, Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s