RSS

MacBook Pro Retina 15-inci

23 Jun

MacBook Pro Retina merupakan salah satu tarikan yang diumumkan oleh Apple selain daripada beberapa perkara lain pada WWDC 2012 yang lepas. Sejak penghujung minggu lepas, beberapa pengedar rasmi Apple di Malaysia telah pun mula menawarkan MacBook Pro Retina kepada para pengguna tempatan, pada harga bermula daripada RM6799. Pada MacBook Pro Retina, ia membawakan rekabentuk yang menyerupai MacBook Pro sedia ada, dan penambah-baikkan yang dilakukan adalah dari segi spesifikasi dan juga skrin paparan padanya. Paparan Retina yang dibawakan oleh MacBook Pro adalah pada resolusi 2880 x 1800 pixel, dimana turut disokong oleh cip pemprosesan Intel Core i7 bermula 2.3GHz, memori bermula daripada sebesar 8GB, dijana menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce GT 650M, sokongan USB 3.0, Thunderbolt, HDMI, kamera hadapan dengan sokongan FaceTime HD, dan juga masa bertahan sehingga 7 jam lamanya. Daripada apa yang dilihat melalui percubaan ringkas pada MacBook Pro Retina, ia kelihatan berfungsi dengan pantas, dan menariknya membolehkan gambar dan video resolusi tinggi (1080p) dipaparkan dengan menarik, didalam sebuah tetingkap, berbeza dengan sebelum ini yang ia biasanya memenuhkan skrin komputer riba. Perkara ini semestinya akan mengembirakan mereka yang bergiat dalam industri kreatif, apatah lagi memudahkan mereka melakukan kerja mengedit dan sebagainya, tanpa perlu zoom-out dan sebagainya. Pada masa yang sama, beberapa aplikasi masih tidak dioptimasikan untuk paparan Retina. Namun, perisian dan aplikasi daripada Apple, seperti Safari, Mail, iPhoto dan beberapa lagi telah pun sedia menyokongnya, menawarkan teks yang lebih tajam, dan paparan yang lebih menarik. Bagi yang berminat untuk menguji dan melihatnya terlebih dahulu, boleh singgah ke beberapa kedai pengedar rasmi Apple di sekitar Malaysia. Ia juga diketahui unit yang terdapat di Malaysia buat masa ini adalah amat terhad disamping tempahan melalui Apple Store yang mengambil masa beberapa minggu untuk dihantar.

 
Leave a comment

Posted by on June 23, 2012 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s