RSS

Nokia Mengumumkan Fungsi Tambahan Baru Untuk Pengguna Lumia

23 Jun

Sebagai rakan eksklusif untuk Windows Phone, Nokia turut mengumumkan beberapa aplikasi baru dan kemaskini yang bakal diperkenalkan kepada pengguna Lumia sedia ada, sekaligus menjadikan mereka tidak kecewa disebabkan tidak akan menerima kemaskini Windows Phone 8 kelak. Nokia hari ini mengumumkan dimana para pengguna Lumia sedia ada akan menerima sokongan perkongsian baru berasaskan teknologi DLNA, dinamakan sebagai PlayTo. Melaluinya ia akan membolehkan anda berkongsi video, audio dan juga gambar dengan mudah, tanpa sebarang wayar tambahan ke televisyen dan juga pemain Blu-Ray. Selain itu, untuk memudahkan kawalan penggunaan data pada peranti Lumia, Nokia turut sama memperkenalkan Nokia Counter, sekaligus membolehkan anda menguruskan penggunaan data pada telefon pintar anda. Kemaskini untuk Nokia Maps turut diperkenalkan, dinamakan sebagai My Commute. Fungsi baru ini membolehkan para pengguna mengetahui jalan terpantas untuk tiba ke sesuatu lokasi pada sesuatu masa. Seperti Waze, ia menggunakan data daripada pelbagai sumber untuk memberikan laluan yang tidak sesak untuk pengguna. Untuk mereka yang gemar merakamkan gambar pula, Nokia turut membawakan kemaskini untuk aplikasi kamera terbina, melalui Camera Extras. Beberapa fungsi seperti sokongan merakamkan panorama, gambar aksi dan sebagainya turut didatangkan. Smart Group Shot turut diperkenalkan, dimana serba sebanyak kelihatan adalah dibangunkan melalui Scalado yang dibeli Nokia baru-baru ini. Kemaskini ini akan diperkenalkan untuk semua pengguna Lumia bermula minggu hadapan.

 
Leave a comment

Posted by on June 23, 2012 in Mobile Phone, OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s