RSS

Pembangun Tempatan Memperkenalkan Permainan Android

23 Jun

Terdapat beberapa aplikasi berbentuk permainan yang dibangunkan oleh pembangun tempatan, dan salah satu yang terbaru dilancarkan adalah The Dutchman daripada Utan Tropik. Permainan ini dibangunkan khas untuk pengguna Android, dan boleh didapati dalam dua versi iaitu berbayar dan juga percuma. Melalui permainan The Dutchman ini, ia memfokuskan kepada genre strategi pertahanan, dimana anda perlu mengubah semua monyet-monyet di skrin ke pihak anda. Perkara ini dilakukan dengan membaling buah berwarna hijau ke arah monyet tersebut. Pada setiap tahap, anda akan berlawan dengan pihak AI, yang membaling buah berwarna hijau. Permainan akan terus mencabar dengan bilangan monyet akan meningkat dari semasa ke semasa, memerlukan anda bersaing dengan lebih hebat dan pantas lagi. Dari segi grafik, The Dutchman membawakan grafik yang ringkas, dan dilukis tangan berdasarkan kepada hutan tropikal. Mungkin lebih perhatian boleh diberikan supaya ianya kelihatan lebih ceria dan menarik pemain muda mahupun dewasa. Selain itu, daripada apa yang digunakan, aplikasi ini agak sukar dimainkan pada skrin kecil, dan lebih mudah dikendalikan apabila menggunakan peranti Android bersaiz besar. Menurut pembangunnya, mereka akan mengemaskini dengan pelbagai tahap setiap sebulan, sekaligus menjadikan pengguna dan pemain tidak bosan dengan permainan tersebut. Bagi yang berminat dan menggunakan Android 2.2 dan yang terkini, boleh memuat-turun permainan ini secara percuma daripada Google Play Store.

 
Leave a comment

Posted by on June 23, 2012 in Games

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s