RSS

Pengasas MegaUpload Akan Menawarkan Perkhidmatan Muzik-Awan Dinamakan MegaBox

23 Jun

Walaupun ditimpa pelbagai masalah, namun nampaknya pengasas MegaUpload masih belum berputus asa, dan dilihat akan melancarkan perkhidmatan mereka yang baru kepada umum, dinamakan sebagai MegaBox. MegaBox kelak bakal menawarkan perkhidmatan muzik-awan, membolehkan pengguna menyimpan lagu tanpa had pada perkhidmatan tersebut. Kim Dotcom, iaitu pengasas MegaUpload berkongsi paparan antaramuka pertama perkhidmatan Megabox melalui akaun Twitter beliau, dan masih tidak diketahui bilakah ia akan dilancarkan kepada umum. Daripada paparan antaramuka yang dikongsikan, ia dilihat, MegaBox kelak akan menawarkan perkhidmatan untuk membeli lagu, integrasi sosial, disamping para pengguna turut boleh memuat-naik lagu tanpa had, serta mendengar terus melaluinya. Pengguna juga turut sama boleh membuat carian muzik dan mendengar terus melalui laman MegaBox tersebut. Sebelum ini, pengasas MegaUpload pernah berkongsi beberapa info menarik berkaitan MegaBox, mengatakan perkhidmatan terbaru tersebut kelak akan menawarkan sokongan untuk artis menjual lagu mereka, disamping turut menjana pendapatan dengan menawarkan lagu mereka secara percuma (Duit dikongsikan bersama daripada pendapatan iklan). Namun, ia tidak diketahui MegaBox yang akan diperkenalkan kelak akan turut menyertakan fungsi tersebut atau akan diubah serba sebanyak padanya. Sama-sama kita nantikan MegaBox daripada pengasas MegaUpload ini.

 
Leave a comment

Posted by on June 23, 2012 in Web Social

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s