RSS

5 Startup Malaysia Maju Ke Silicon Valley

05 Jul

Sepanjang tahun ini, dunia startup tempatan semakin berkembang secara positif, apatah lagi dengan sokongan pelbagai pihak di Malaysia. Dan terkini, sebanyak lima syarikat baru tempatan akan ke Silicon Valley selama 4 minggu untuk mempelajari pelbagai perkara menarik daripada keusahawanan sehingga bagaimana memajukan perniagaan mereka dan sebagainya. Lima syarikat itu adalah termasuk Piktochart, OctoApp, FanXT, SecQMe, dan juga Voucheres. Piktochart merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan web yang menyediakan beberapa kemudahan untuk membina infografik dengan mudah, dan berkongsi dengan lain melalui perkhidmatan tersebut. OctoApp pula merupakan salah satu aplikasi yang memfokuskan kepada mereka yang gemar memasarkan produk melalui Facebook, sekaligus memudahkannya untuk pelbagai tahap. FanXT menyediakan permainan fantasi berasaskan sukan, termasuk bola sepak dan sebagainya. Mereka menyediakan aplikasi untuk pelbagai platform, bukan sahaja pada web dan Facebook, tetapi turut sama pada platform mudah-alih seperti iPhone dan juga Android. SecQMe mungkin telah sedia dikenali ramai, yang mana menyediakan bantuan maya, membolehkan anda menetapkan tempat dan lokasi yang dituju, selain turut memudahkan anda menghantar mesej kecemasan sekiranya sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Voucheres yang dilaporkan menghadapi sedikit masalah dalaman dan turut menutup laman mereka untuk sementara waktu turut sama dapat majukan diri mereka ke siliconValley, dimana mereka menyediakan perkhidmatan kupon dan baucar diskaun berasaskan lokasi.

 
Leave a comment

Posted by on July 5, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s