RSS

Bagaimana Menghantar SMS Daripada Komputer ?

05 Jul

Jikalau sebelum ini kami pernah berkongsi salah satu perisian yang dibangunkan pembangun tempatan, kali ini, kami berkongsi salah satu aplikasi popular dengan fungsi lebih kurang sama, dinamakan sebagai MightyText. MightyText memudahkan pelbagai proses untuk anda menghubungkan ke pelayar web dimana ia menggunakan akaun Google untuk di sync kepada peranti lain. Memandangkan peranti Android sedia ada menggunakan akaun Google, perkara ini dapat dilakukan dengan mudah. Sebaik sahaja anda selesai memasang aplikasi Android Mighty Text, anda boleh ke laman Mighty Text App untuk mula menggunakannya melalui sebarang pelayar web. Untuk memudahkan, pihak pembangun turut menyediakan aplikasi khas untuk Chrome dan juga Firefox dalam bentuk add-on. Selain daripada hanya menghantar teks dan sebagainya, ia turut membolehkan anda menghantar MMS, disamping memberitahu sekiranya mempunyai sebarang panggilan yang terlepas (miscall). Jadi, sekiranya anda sering terlupa untuk membalas SMS ketika dihadapan komputer, ataupun malas untuk mengangkat telefon untuk menjawab SMS dan sebagainya, mungkin aplikasi MightyText ini amat berguna untuk anda. Selain MightyText, mungkin anda turut boleh mencuba aplikasi FastText yang dibangunkan pembangun tempatan.

 
Leave a comment

Posted by on July 5, 2012 in App, Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s