RSS

Critical Strike Portable Membawakan Permainan Menyerupai Counter Strike Pada Android Dan iOS

05 Jul

Dengan dunia mudah-alih yang menerima pelbagai permainan menarik, kini permainan seumpama Counter Strike turut dilancarkan dibawah nama Critical Strike Portable. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk Android, dan apa yang menariknya ianya adalah percuma, dan boleh dimuat-turun oleh semua pengguna Android. Critical Strike Portable ini membawakan permainan yang amat lancar dengan grafik yang menarik. Ia turut dioptimasikan sepenuhnya untuk para pengguna Android, dan apa yang menariknya, selain daripada bermain Single Player, anda juga boleh bermain bersama rakan-rakan anda dalam pilihan Multiplayer secara local mahupun melalui internet. Buat masa ini, Critical Strike Portable boleh didapati melalui Google Play Store, manakala untuk para pengguna iOS, ia hanya ditawarkan dalam bentuk IPA sahaja buat masa ini. Jadi, bagi yang gemarkan permainan tembak-menembak, boleh memuat-turunnya, dan memainkannya pada peranti mudah-alih anda hari ini.

 
Leave a comment

Posted by on July 5, 2012 in Games

 

Leave a comment