RSS

Google Now Diperkenalkan

05 Jul

Selain daripada sokongan Voice Search yang baru, Google turut sama memperkenalkan Google Now untuk para pengguna Android, membolehkan mereka mengikuti pelbagai bentuk informasi dalam bentuk menarik, sebelum mereka melakukan carian mengenainya. Google Now menggunakan teknologi daripada Google, dan diintegrasikan bersama, dalam membantu para pengguna membuat dan mendapatkan pelbagai informasi semasa dengan pantas. Sebagai contoh, ia akan memberitahu anda berkenaan dengan keadaan trafik semasa, dan sekiranya anda mempunyai sebarang temujanji, ia akan mengira masa yang akan diambil untuk tiba ke lokasi, dan mengaktifkan penggera apabila tiba masa untuk anda bergerak. Google Now turut sama menggunakan integrasi Voice Search baru dalam memperlihatkan hasil carian anda, membolehkan anda membuat pelbagai carian dengan pantas melaluinya. Disamping itu, ia turut membolehkan anda melihat kemaskini masa-nyata untuk sesuatu sukan dan sebagainya terus melalui aplikasi tersebut. Google Now akan didatangkan sebagai sebahagian daripada Android Jelly Bean, dan akan diperkenalkan pada Galaxy Nexus 7.

 
Leave a comment

Posted by on July 5, 2012 in Web Browser

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s