RSS

Laman iCloud Beta Membawakan Sokongan Calendar, Notes & Juga Reminders

05 Jul

Bersama-sama dengan peralihan MobileMe kepada iCloud, kini Apple turut sama mengemaskini halaman iCloud Beta kepada para pembangun, dimana menyertakan beberapa sokongan baru berasaskan web padanya. Melalui laman iCloud Beta, ia menyertakan beberapa aplikasi berasaskan web, termasuk Calendar, Notes dan juga Reminders, disamping fungsi Find My iPhone yang dikemaskini dengan beberapa info tambahan padanya. Daripada ujian yang dilakukan melalui iCloud Beta oleh para pembangun, aplikasi Notes dilihat memberikan kemaskini dalam bentuk hampir masa-nyata antara web dan juga peranti, disamping sokongan sync antara Calendar dan juga Reminders. Dengan iOS 6 dan juga Mountain Lion, Apple dilihat lebih memfokuskan kepada integrasi awan, dan semestinya iCloud memainkan peranan yang besar untuknya. Sokongan penuh ini dijangka akan diperkenalkan kepada para pengguna dengan pelancaran iOS 6 kelak, sekitar bulan September atau Oktober.

 
Leave a comment

Posted by on July 5, 2012 in App, Web Social

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s