RSS

Maklumat Mengenai Peranti Sentuh Dan QWERTY BlackBerry 10

05 Jul

Walaupun jenama RIM semakin kurang popular dari hari ke hari, namun salah satu peranti yang dinantikan ramai adalah peranti BlackBerry 10. Kini, sebuah dokumen di arena web, memperlihatkan dua keluarga Blackberry 10 akan hadir kelak, dinamakan sebagai siri-L dan juga siri-N. Daripada apa yang kelihatan, siri-L kelak akan membawakan skrin sentuh sepenuhnya, manakala siri-N membawakn sokongan papan kekunci QWERTY bersama dengannya. Bertambah lagi, mengikut dokumen tersebut, peranti siri-L yang pertama kelak akan membawakan skrin dengan resolusi 768×1280 pixel pada 356PPI. Sekiranya ini benar, maka ia akan sekaligus mendahului skrin Retina pada iPhone 4S yang dicanang oleh Apple sebelum ini. Siri-N pula dikatakan akan membawakan skrin dengan resolusi 720×720 pixel pada 330PPI. N4BB turut sama mengatakan sekiranya semuanya berjalan lancar, mungkin peranti BlackBerry 10 pertama akan mula dipasarkan seawal bulan September kelak. Sehingga kini, pihak RIM masih senyap tanpa sebarang tarikh pelancaran untuknya, selain hanya menyediakan peranti untuk pembangun, dinamakan sebagai BlackBerry 10 Dev Alpha.

 
Leave a comment

Posted by on July 5, 2012 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s