RSS

Menjalankan Aplikasi Android Pada Windows Menggunakan BlueStacks

05 Jul

Untuk makluman, BlueStacks merupakan salah satu perisian menarik untuk para pengguna Windows, membolehkan anda menjalankan ratusan ribu aplikasi Android terus pada desktop dan juga komputer Windows. BlueStacks masih lagi pada peringkat beta buat masa ini, dan ditawarkan secara percuma oleh pembangunnya. Setelah dipasang, ia akan memerlukan pengguna memuat-turun data tambahan, yang mengambil masa beberapa minit. Sebaik sahaja selesai dipasang, ia akan memperlihatkan dua aplikasi terbina yang didatangkan bersama dengannya, pada masa yang sama memuat-turun beberapa aplikasi Android terus ke desktop anda. Pada masa yang sama, para pengguna juga turut boleh membuat carian aplikasi Android yang diingini oleh mereka, dan ia akan dicari pada beberapa kedai aplikasi untuk Android, termasuk Amazon, AppStore dan Google Marke. Walaubagaimanapun, beberapa aplikasi masih tidak berjalan lancar, malah ada yang tidak dapat dipasang padanya. Mungkin perkara ini masih lagi pada peringkat awal, dan memandangkan ia masih lagi diperingkat Beta. Dari segi antaramuka pula, BlueStacks menawarkan antaramuka yang lebih kurang menyerupai antaramuka Android, dengan sistem pemilihan dan sebagainya. Ia juga turut dioptimasikan untuk peranti sentuh, membolehkan ia beroperasi tanpa masalah pada tablet Windows, mahupun Windows 8. Jadi, bagi yang berminat, boleh memuat-turun BlueStacks untuk Windows ini.

 
Leave a comment

Posted by on July 5, 2012 in OS, Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s