RSS

Samsung Galaxy Mini 2 Dengan Sokongan NFC

05 Jul

Samsung, seperti biasa telah pun mengeluarkan beberapa peranti mampu milik, seperti Galaxy Y dan sebagainya. Dan sebagai tambahan, mereka telah pun mula menawarkan peranti Galaxy Mini 2 untuk pasaran Malaysia pada harga RM599. Dari segi spesifikasi, Galaxy Mini 2 membawakan skrin seluas 3.27-inci HVGA TFT, cip pemprosesan 800MHz, kamera belakang 3-megapixel, ruangan storan 4GB dengan sokongan mikro-SD sehingga 32GB, RAM sebanyak 512MB, dan bateri 1,300mAh. Ia turut dijana mengunakan antaramuka khas Samsung – TouchWiz, disamping menggunakan Android 2.3 Gingerbread. Menariknya, pada harga yang murah, Galaxy Mini 2 turut membawakan sokongan NFC. Sokongan lain termasuk aplikasi Samsung seperti AllShare, ChatON dan sebagainya, selain turut didatangkan dengan radio FM, dan juga aplikasi Thinkfree Office. Jikalau dibandingkan dengan Galaxy Y, Galaxy Mini 2 membawakan skrin yang lebih jelas berbanding dengannya, disamping berfungsi dengan lancar tanpa sebarang kelembapan dan sebagainya. Dari penggunaan dan percubaan yang telah dilakukan, peranti ini berfungsi tanpa sebarang masalah. Bagi mereka yang ingin membeli Galaxy Mini 2, ataupun sesiapa yang inginkan peranti mampu milik, mungkin ini adalah salah satu pilihan menarik, sementara menantikan peranti Android 4.0 Ice Cream Sandwich seperti Xperia Tipo dan Xperia Miro dengan harga mampu milik memasuki pasaran tempatan.

 
Leave a comment

Posted by on July 5, 2012 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s