RSS

Notifikasi & Papan Kekunci Pada Android Jelly Bean

05 Jul

Dengan perang platform mudah-alih pada hari ini, salah satu perkara yang menjadi keutamaan adalah bagaimana notifikasi diperlihatkan. Android yang sedia terkenal dengan sistem notifikasi yang baik, kini terus menambahbaik bagaimana notifikasi diperlihatkan, sekaligus memudahkan pengguna melakukan pelbagai perkara terus melalui bar notifikasi. Bar notifikasi yang diberikan nafas baru ini membolehkan para pengguna mengetahui lebih banyak info berkaitan sesuatu notifikasi, disamping menyelesaikan pelbagai perkara terus melalui bar notifikasi tersebut. Sebagai contoh, sekiranya anda mendapat notifikasi panggilan yang tidak dijawab, anda boleh melakukan panggilan semula, ataupun menghantar balik terus pada bar notifikasi tersebut. Perkara sama juga untuk aplikasi lain, termasuk dimana anda boleh melihat gambar yang dikongsikan pada laman sosial, dan membaca lebih lanjut berkaitan sesuatu perkara, terus daripada bar notifikasi tersebut. Sistem notifikasi ini juga memudahkan pengguna melakukan pelbagai perkara tanpa memerlukan mereka ke sesuatu aplikasi itu sendiri. Bagi sokongan pintar papan kekunci pulak akan diperkenalkan bermula bulan hadapan. Pelbagai aplikasi pihak ketiga kini membawakan sokongan ramalan perkataan dan sebagainya. Namun, ia memerlukan para pengguna memasukkan sekurang-kurangnya satu huruf sebelum ia dapat meramal. Tetapi, Android melangkah setapak kehadapan, membolehkan ia meramal sebelum anda menaip sebarang huruf. Sokongan ramalan ini didatangkan melalui sokongan Predictive Keyboard, dimana ia memperlihatkan perkataan ramalan berdasarkan kepada perkataan pertama yang anda taip pada sebarang mesej anda. Seperti biasa, ia didatangkan dengan sistem pintar sendiri, dimana ia akan mempelajari cara menaip anda, dan menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.

 
Leave a comment

Posted by on July 5, 2012 in Mobile Phone, OS

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s