RSS

BitTorrent Torque Diperkenalkan – Membawakan Teknologi Torrent Ke Pelayar Web

09 Jul

Setelah merevolusikan dunia internet dengan menawarkan sokongan teknologi BitTorrent untuk perkongsian file, kini pembangunnya membawakan pengalaman perkongsian dan penggunaan teknologi BitTorrent dengan lebih meluas melalui pelayar web. BitTorrent Torque yang diperkenalkan dalam bentuk Alpha ini membawakan sokongan klien torrent kepada para pembangun web dalam bentuk antaramuka JavaScript. Ia sekaligus memudahkan para pembangun menggunakan teknologinya dalam membangunkan sebarang aplikasi, serta memudahkan para pengguna menggunakan torrent dalam urusan harian mereka. Sebagai permulaan, beberapa aplikasi berasaskan pelayar web disediakan melalui BitTorrent Torque ini, dan antaranya adalah : 1. One Click – Mengubah muat-turun berbentuk torrent kepada muat-turun dalam pelayar web seperti biasa. 2. Paddle Over – Berkongsi fail antara komputer dengan hanya drag-dan-drop. Pelbagai aplikasi lain juga bakal diperkenalkan, dimana beberapa idea awal telah disediakan, dan dalam pembangunan buat masa ini. Bagi para pembangun yang berminat, boleh merujuk kepada halaman GitHUb yang disediakan, disamping untuk pengguna pula, anda boleh mencubanya hari ini pada pelayar web anda.

 
Leave a comment

Posted by on July 9, 2012 in App, Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s