RSS

Celcom Kini Turut Sama Menyokong GMail SMS

09 Jul

Bagi para pengguna GMail, semestinya salah satu perkhidmatan yang menarik adalah kemudahan menghantar SMS percuma kepada rakan anda terus daripada GMail. Dan bertambah menariknya lagi, apabila selepas DiGi dan juga Maxis memperkenalkan sokongan untuknya, kini Celcom turut sama tersenarai sebagai syarikat telekomunikasi yang menyokong perkhidmatan tersebut. Sebelum ini, DiGi menjadi yang terawal untuk menyokongnya, iaitu pada November tahun lepas, sebelum turut disertai oleh pihak Maxis pada bulan Februari yang lepas. Dan dengan penyertaan Celcom, kini ketiga-tiga gergasi menyokongnya, dan mungkin kita akan dapat melihat UMobile turut menyokongnya tidak lama lagi. Bagi mereka yang tidak mengenali akan GMail SMS, ia merupakan salah satu perkhidmatan yang dibawakan oleh Google hasil bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi, membolehkan para pengguna GMail menghantar SMS percuma kepada rakan-rakan mereka, tanpa sebarang kos. Ia membolehkan anda terus kekal berhubung dengan rakan anda, walaupun rakan anda berada di luar-talian dan tidak mengakses emel GMail mereka. Namun, seperti biasa, bagi yang ingin membalas SMS yang diterima, caj perkhidmatan akan diperkenalkan untuk mereka.

 
Leave a comment

Posted by on July 9, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s