RSS

Mengawal Penggunaan Data Pada Android

09 Jul

Dengan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, ia turut menyertakan sokongan pengawalan penggunaan data internet pada peranti anda. Tetapi bagaimana sekiranya anda inginkan lebih maklumat berkaitan penggunaan anda ? Sebuah aplikasi yang memudahkan perkara tersebut adalah Onavo Count. Setelah selesai memasang aplikasi Onavo Count pada peranti anda, ia akan meminta anda memasukkan had penggunaan data bulanan anda, serta bilakah tarikh data anda ditetapkan kepada sifar kembali. Sebaik sahaja ia selesai ditetapkan, Onavo Count akan mula memantau penggunaan data anda, disamping memberikan notifikasi dan sebagainya sekiranya anda menghampiri suatu had yang didetapkan. Pada masa yang sama, anda juga turut sama boleh melihat berapakah yang digunakan oleh sesuatu aplikasi, sekaligus mengawal penggunaan data aplikasi tersebut dengan pantas. Selain Onavo Count, lagi satu aplikasi yang menarik adalah Onavo Extend. Melaluinya, ia menjimatkan penggunaan data anda, dengan compress akan penggunaan data pada pelbagai aplikasi. Dengannya, anda boleh melakukan pelbagai perkara tambahan, dan pada masa yang sama menjimatkan penggunaan data anda. Dengan syarikat telekomunikasi yang mula mengenakan caj berdasarkan penggunaan data, kedua-dua aplikasi ini serba sebanyak dapat membantu pengguna Android menjimatkan data, disamping memantau penggunaan data pada peranti anda.

 
Leave a comment

Posted by on July 9, 2012 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s