RSS

Mengawal Penggunaan Data Internet Pada Linux

09 Jul

Pada sistem operasi Windows, ada salah satu aplikasi yang memudahkan anda mengawal penggunaan data internet dengan mudah, melalui aplikasi Networx. Untuk pengguna Linux pula, anda boleh memantau penggunaan jalur-lebar internet melalui aplikasi yang dinamakan Download Monitor. Dengan aplikasi Download Monitor, ia membolehkan anda memantau penggunaan jalur-lebar bulanan anda, dimana anda turut sama boleh menetapkan had penggunaan data untuk muat-naik dan juga muat-turun. Disamping itu, ia juga menyediakan sebuah graf ringkas berkenaan dengan penggunaan untuk sesuatu bulan, harian dan juga mengikut jam. Walaupun graf yang disediakan tidak begitu cantik, namun, ia menyertakan data yang diperlukan sekiranya anda ingin memantau penggunaan harian anda. Aplikasi ini semestinya amat berguna bagi yang menggunakan jalur-lebar dengan had kuota bulanan, terutamanya Yes4G, dan beberapa talian telekomunikasi mudah-alih yang lain. Sekiranya anda berminat, boleh memasangnya pada sistem operasi Linux daripada Launchpad. Sekiranya anda menggunakan sistem operasi Ubuntu dan yang berkait rapat dengannya, boleh memasangnya dengan mudah terus daripada Terminal, dengan menaip : sudo add-apt-repository ppa:duncanjdavis/download-monitor-submit / sudo apt-get update / sudo apt-get install download-monitor.

 
Leave a comment

Posted by on July 9, 2012 in OS, Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s