RSS

Mozilla Bakal Mengintegrasikan Sokongan Sosial Pada Pelayar Web Firefox

09 Jul

Dengan lebih ramai pengguna yang mula menggunakan internet untuk bersosial, kini Mozilla ingin sama mengintegrasikan sokongan sosial pada pelayar web mereka, membolehkan para pengguna Firefox berkongsi dengan lebih pantas, terus daripada pelayar web tersebut. Mozilla mensasarkan untuk mengintegrasikan sokongan sosial pada pelayar web Firefox mereka seawal minggu hadapan, dimana akan diperkenalkan melalui versi pembangunan pelayar web, Firefox 16 Nightly. Dengan adanya sokongan tersebut, ia akan membolehkan para pengguna dengan mudah berkongsi sebarang pautan terus ke Twitter, Facebook, Google+ atau sebarang platform lain dengan pantas dan mudah. Selain daripada itu, Mozilla juga merancang untuk mengintegrasikan sokongan notifikasi, membolehkan para pengguna mengetahui serta-merta apabila mendapat tweet, emel atau kemaskini Facebook baru. Sokongan news feed dan juga sokongan chat turut sama bakal diperkenalkan secara berperingkat oleh Mozilla kepada pelayar web mereka. Pada hari ini, beberapa perkara daripadanya telah pun boleh dilakukan dengan bantuan aplikasi pihak ketiga. Namun, dengan ia diintegrasikan terus pada pelayar web, semestinya ia akan mempermudahkan lagi penggunaan pelayar web Firefox, disamping pengguna boleh mengetahui kemaskini semasa daripada rakan-rakan lain dengan mudah. Selain daripada Mozilla yang merancang sedemikian, salah satu pelayar web dengan sokongan integrasi sosial berasaskan Chromium adalah Rockmelt, yang mana sedia diuji oleh semua hari ini.

 
Leave a comment

Posted by on July 9, 2012 in Web Browser

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s