RSS

MobilePrint Memudahkan Mencetak Dari HandPhone

09 Jul

Sebelum ini, kami ada berkongsi mengenai salah satu pencetak terbaru daripada Samsung, iaitu Samsung SCX-3450FW. Selain daripada fungsi seperti EcoPrint (Penjimatan ketika mencetak), kebolehan mengimbas dan juga Fax, ia juga menyertakan salah satu fungsi yang digemari, iaitu kebolehan untuk mencetak terus daripada tablet atau telefon pintar. Seperti semua sedia maklum, ramai yang menyemak emel pada peranti mudah-alih mereka terlebih dahulu, dan memerlukan mereka mencetak sesuatu dokumen atau gambar yang diterima melalui emel tersebut. Jikalau dahulunya, anda diperlukan untuk membuka komputer untuk mencetaknya, kini tidak lagi, dimana anda boleh terus mencetak daripada telefon pintar dengan pantas. Untuk menjayakan perkara ini, pengguna memerlukan sebuah aplikasi tambahan dinamakan sebagai Samsung MobilePrint. Aplikasi percuma ini ditawarkan oleh Samsung bukan hanya melalui Samsung Apps, tetapi turut sama boleh didapati melalui Android Market, dan juga AppStore. Namun, untuk menggunakannya, anda memerlukan pencetak Samsung dengan sokongan WiFi, dan salah satunya yang berada di pasaran pada hari ini adalah Samsung SCX-3450FW. Ia memerlukan anda menghubungkan pencetak pada WiFi anda, dan kemudiannya terus membuat tetapan mudah melalui peranti mudah-alih sebelum dapat mula mencetak dengan mudah. Daripada ujian ringkas yang dilakukan, ia berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, disamping membolehkan anda mengimbas dokumen yang diinginkan. Samsung MobilePrint juga turut sama menyokong kebolehan untuk mencetak pada pencetak-pencetak Samsung yang lain.

 
Leave a comment

Posted by on July 9, 2012 in Gadjet

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s