RSS

Sony Xperia Go Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

11 Jul

Nampaknya, Sony terus memfokuskan kepada peranti yang tahan lasak dan juga kalis air, dimana terkini, peranti baru dengan ciri-ciri seumpamanya dilancarkan untuk pasaran tempatan iaitu Xperia Go. Peranti tersebut mula dijual di Malaysia pada harga RM999, tanpa sebarang pakej dan pelan daripada syarikat telekomunikasi tempatan. Dari segi spesifikasi, Xperia Go didatangkan dengan skrin tahan lasak seluas 3.5-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, memori sebanyak 512MB RAM, kamera 5-megapixel dengan sokongan rakaman video 720p, dan juga ruangan storan terbina sebanyak 4GB. Buat masa ini, ia dijana menggunakan Android 2.3 Gingerbread, dan bakal menerima kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Daripada penggunaan ringkas, peranti ini berfungsi tanpa sebarang masalah, dan berjalan lancar tanpa sebarang lengah masa. Walaubagaimanapun, ia kelihatan paparan skrin pada peranti tersebut tidak seterang peranti baru yang dikeluarkan walaupun dilengkapi dengan teknologi BRAVIA daripada Sony. Rekabentuk badannya pula dilengkapi dengan dua lapisan untuk memastikannya kalis air, sama seperti peranti Xperia Active sebelum ini. Namun, ciri-ciri tahan lasak yang didatangkan padanya mungkin amat berguna bagi segelintir pengguna yang sentiasa bertugas diluar, dan sukar untuk menjaga peranti mereka. Dari segi rekabentuk juga, ia membawakan rekabentuk yang agak menarik dan selesa untuk dipegang. Jadi, bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan peranti ini daripada pengedar tempatan pada harga RM999. Sekiranya anda ingin menantikan sesuatu yang lebih menarik lagi, boleh menantikan Sony mengumumkan lima peranti lain ke pasaran tempatan dalam masa terdekat, termasuk peranti berkuasa tinggi, Xperia Ion.

 
Leave a comment

Posted by on July 11, 2012 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s