RSS

Bagaimana Mengetahui Spesifikasi Komputer Anda

20 Jul

Terdapat beberapa aplikasi dan perisian yang memudahkan anda mengetahui spesifikasi perkakasan komputer anda dengan mudah. Antara yang popular adalah CPU-Z, yang mana sememangnya terkenal dengan para pengguna komputer. Namun, kali ini, kami ingin memfokuskan kepada Speccy yang dibangunkan oleh Piriform, pembangun sama disebalik CCleaner. Daripada Speccy, ia membolehkan para pengguna bukan sahaja melihat informasi berkaitan perkakasan dan perisian komputer mereka, tetapi ia turut disertakan dengan model dan juga jenama masing-masing. Sebagai tambahan, ia disediakan secara percuma untuk Windows 7, Vista dan juga XP. Untuk makluman, kebanyakkan maklumat tersebut boleh diakses melalui panel Windows itu sendiri. Tetapi Speccy memaparkannya dalam bentuk interaktif dan memudahkan rujukan anda. Ia juga boleh mengenal pasti sama ada anda menggunakan desktop atau komputer riba, dan memberitahu anda mengenai slot tambahan yang terdapat supaya anda boleh menambah sesuatu seperti RAM dan sebagainya, tanpa perlu membuka penutup komputer anda. Speccy turut sama memaparkan suhu untuk sesuatu komponen, membolehkan anda mengawal, disamping info yang dipaparkan juga mungkin berguna sekiranya anda ingin bertanya mengenai sesuatu perkara kepada rakan-rakan anda yang lain dan sebagainya. Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Speccy secara percuma daripada laman rasminya.

 
Leave a comment

Posted by on July 20, 2012 in Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s