RSS

Memuat-Turun Permainan Indie Dengan Mudah

20 Jul

Sebelum ini, kami pernah berkongsi mengenai Game Downloader yang menawarkan anda memuat-turun pelbagai permainan percuma ke komputer dengan mudah. Dengan fungsi seumpamanya, salah satu aplikasi sumber terbuka yang memfokuskan kepada permainan indie adalah Tiggit. Tiggit menawarkan sebuah klien khas, membolehkan anda memuat-turun permainan daripada lebih 300 judul yang disediakan. Selain daripada permainan indie percuma, Tiggit turut sama menyenaraikan beberapa permainan berbentuk demo, membolehkan anda mencuba terlebih dahulu sebelum membuat pilihan untuk membeli ataupun tidak. Dan satu lagi perkara menarik mengenai Tiggit adalah dimana ia menyusun setiap permainan mengikut kategori, membolehkan anda memilih permainan yang diminati anda dengan mudah. Ia turut memaparkan sistem rating untuk memudahkan anda membuat pilihan padanya. Selesai sahaja membuat pilihan, para pengguna boleh klik pada butang Install pada penjuru bawah kanan, dan proses memuat-turun akan dilakukan oleh perisian tersebut, sebelum permainan tersebut dipasang pada komputer anda. Bagi mereka yang ingin mencubanya, boleh memuat-turun Tiggit daripada laman rasmi mereka hari ini, dan mencubanya sendiri.

 
Leave a comment

Posted by on July 20, 2012 in Games

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s