RSS

Mengemaskini Aplikasi Pada Windows Dengan Mudah

20 Jul

Pada Linux, salah satu perkara yang diminati adalah kebolehan untuk mengemaskini terus melalui Terminal dengan mudah. Namun, pada Windows kebanyakkan perisian perlu dikemaskini secara manual, yang memakan sedikit masa untuknya. Untuk memudahkan para pengguna Windows, salah satu aplikasi yang memudahkan proses mengemaskini adalah Appupdater. Appupdater merupakan perisian percuma, membolehkan anda menyemak senarai aplikasi yang sedia terpasang pada komputer anda, dan mengetahui sama ada terdapat sebarang versi baru untuknya ataupun tidak. Sekiranya ya, anda boleh memuat-turun terus daripada aplikasi tersebut serta-merta, dan mengemaskini perisian anda. Disamping itu, anda juga turut sama boleh menggunakan Appupdater dalam mencari perisian percuma untuk komputer anda, yang mana kebanyakkan merupakan aplikasi berasaskan sumber terbuka. Walaubagaimanapun, melalui Appupdater, kemaskini yang diperlihatkan adalah bukan dalam masa-nyata, dan mengambil sedikit masa sebelum kemaskini diperlihatkan padanya. Perkara ini berlaku antaranya apabila pemain media VLC telah mengeluarkan kemaskini versi 2.0.2, tetapi pada Appupdater masih memaparkan versi 2.0.1. Namun, ia merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan anda mengemaskini semua perisian yang sedia terpasang pada komputer anda dengan hanya beberapa klik sahaja. Sekiranya berminat, anda boleh memuat-turun Appupdater hari ini.

 
Leave a comment

Posted by on July 20, 2012 in Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s