RSS

Menguji Firefox OS (B2G) Pada Windows

20 Jul

Dengan pengumuman Firefox OS oleh Mozilla tempoh hari, semestinya ramai yang tidak sabar mengujinya, memandangkan ia hanya akan dilancarkan secara rasminya pada awal tahun hadapan. Sebagai alternatif, anda boleh menguji versi pembangunannya pada desktop Windows. Walaubagaimanapun, sokongan ini lebih memfokuskan kepada para pembangun web dan aplikasi untuk menguji laman dan perkhidmatan mereka pada Firefox OS. Memandangkan ianya merupakan versi pembangunan awal, mungkin terdapat pelbagai kekurangan padanya, dan masih belum bersedia sepenuhnya buat masa ini. Untuk mengujinya, anda hanya perlu melakukan beberapa langkah ringkas, iaitu: Muat-turun klien desktop Windows untuk B2G daripada laman rasmi Mozilla. Pastikan anda memilih fail yang berakhir dengan .win32.zip. Gunakan aplikasi seperti WinRar untuk membukanya, dan ia akan menghasilkan sebuah folder khas dinamakan b2g. Muat-turun profil pengguna tambahan daripada GitHub. Namakan folder profil yang dimuat-turun kepada b2g-desktop-profile dan seterusnya letakkannya didalam folder b2g tadi. Masuk ke folder b2g-desktop-profile dan jalankan fail bernama Install.  Sebuah tetingkap Command Prompt akan muncul dan menjalankan beberapa perkara, serta memulakan tetingkap B2G untuk anda uji. Untuk menjalankannya pada kali seterusnya, anda hanya perlu klik pada fail b2g-profile.bat yang terdapat didalam folder b2g. Daripada ujian yang dilakukan ia berjalan agak lancar, walaupun terpaksa dikawal menggunakan tetikus dan sebagainya. Namun, kami masih tidak dapat menguji sepenuhnya kerana terdapat beberapa kekangan ketika mengujinya.

 
Leave a comment

Posted by on July 20, 2012 in Web Browser

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s