RSS

Merakamkan Paparan Skrin Pada Windows

20 Jul

Pada Windows, salah satu fungsi yang sering yang dicemburukan daripada Linux adalah sokongan merakamkan skrin dengan pantas, melalui satu butang sahaja. Berbeza pada Windows, selepas menekan butang Prt Sc, para pengguna perlu paste pada Paint atau aplikasi lain, sebelum dapat menyimpannya. Perkara sama juga untuk Snipping Tool pada Windows 7 yang memerlukan beberapa langkah sebelum dapat menyimpan sesuatu gambar paparan skrin. Dan untuk memudahkan ia, salah satu aplikasi yang amat berguna adalah LiveCapture. LiveCapture merupakan salah satu aplikasi percuma yang membolehkan para pengguna merakamkan gambar skrin dengan hanya menekan satu butang sahaja, seterusnya menyimpannya terus tanpa perlu melalui pelbagai proses. Fail yang dirakamkan disimpan dalam bentuk JPG, selain memberikan pilihan untuk anda membuka terus pada Paint dan sebagainya. Aplikasi ini amat berguna sekiranya anda sering merakamkan gambar skrin dengan pantas, sebagai contoh ketika menonton siaran langsung melalui web dan sebagainya. Ia juga turut menyertakan sokongan Timing Capture, membolehkan anda menetapkan untuk merakamkan selang beberapa saat dan sebagainya. Sebaik sahaja dipasang, ia akan ditetapkan untuk dimulakan bersama-sama dengan komputer anda, dimana semestinya boleh diubah oleh anda melalui MSConfig. Bagi yang berminat, boleh memuat-turun LiveCapture secara percuma terus daripada laman Google Code rasmi mereka, dan mencubanya sendiri pada Windows anda.

 
Leave a comment

Posted by on July 20, 2012 in App, Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s