RSS

Bagaimana Kurangkan Penggunaan Data Ketika Menonton Video Di YouTube

24 Jul

Dengan harga jalur-lebar yang semakin meningkat, disamping syarikat telekomunikasi yang menetapkan had kuota, mungkin ramai yang ingin menjimatkan penggunaan data ketika melakukan beberapa perkara, dan salah satunya ketika menonton video di YouTube. Kini, dengan mudah anda boleh melakukannya melalui teknologi terbina daripada Google, dipanggil sebagai YouTube Feather. Buat masa ini, sokongan ini masih lagi pada peringkat beta, dan tidak berfungsi pada semua video. YouTube Feather memfokuskan kepada mengurangkan data yang dimuat-turun ketika menonton sesuatu video di YouTube. Perkara ini dicapai dengan mengurangkan perkara yang diperlihatkan pada halaman tersebut, selain turut mengoptimasikan saiz video yang dimainkan. Ketika YouTube Feather diaktifkan, anda akan dapat melihat beberapa elemen dibuang daripada halaman YouTube, termasuk sokongan panel informasi, panel perkongsian, dan beberapa sokongan lain, disamping sedikit perubahan pada bahagian komen. Sekiranya anda berminat mengujinya sendiri, boleh ke laman YouTube Feather hari ini, dan mengaktifkan fungsi tersebut sendiri untuk akaun anda, disamping pada masa yang sama menjimatkan penggunaan data internet anda.

 
Leave a comment

Posted by on July 24, 2012 in Tools

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s