RSS

Samsung Galaxy S Advance

24 Jul

Telefon pintar Samsung Galaxy S merupakan kesinambungan kepada keluarga Galaxy S generasi pertama. Sepertimana sedia maklum, telefon Samsung Galaxy yang berlabel ‘S’ merupakan model utama dan telefon Galaxy S Advance ini tidak boleh dibandingkan dengan Galaxy S 2 dan Galaxy S 3.  Telefon ini membawakan paparan antaramuka TouchWiz 4.0 yang paling baru dan juga dilengkapi dengan beberapa kemaskini yang memastikan keluarga Galaxy S kekal relevan dengan pasaran. Spesifikasi Telefon Samsung Galaxy S Advance (GT I9070) yang merupakan model kemaskini kepada Galaxy S (GT I900)  ini membawakan penambahan kepada fungsi-fungsi asas seperti berikut : RAM 768MB, Capaian HSDPA 14.4 Mbps, Lampu limpah kamera LED, Sensor kamera kedua (Kamera di skrin) setinggi 1.3MP, Cip dwi teras Cortex A9, sensor gyrometer, Touch Wiz UI 4.0 dan dioperasikan oleh Gingerbread. Rekabentuk telefon lebih kurang sama dengan model terdahulu dan ianya mempunyai kemasan seakan-akan Galaxy S2. Dari segi saiz, saiznya mempunyai perbezaan yang terlalu kecil dengan Galaxy S dan membawakan skrin yang sedikit lengkung. Akan tetapi menurut perbandingan GSM Arena, skrin Galaxy S Advance tidak dilengkapi dengan Kaca Gorilla, yang mungkin menjadikan telefon ini kurang lasak berbanding telefon sebelumnya. Fungsi TV-Out juga tidak kelihatan pada telefon Galaxy S Advance berbanding model terdahulu. Di Malaysia, Samsung Galaxy S Advance telah pun mula dijual sejak daripada awal April yang lepas, dimana ia ditawarkan oleh beberapa syarikat telekomunikasi tempatan, termasuk UMobile, DiGi dan juga yang lain-lain. Bagi anda yang tidak ingin mendapatkannya pada harga komitmen bulanan daripada syarikat telekomunikasi, boleh mendapatkannya pada harga penuh sekitar RM1099-1129 di pengedar rasmi Samsung seluruh negara.

 
Leave a comment

Posted by on July 24, 2012 in Mobile Phone

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s