RSS

Android Dan Samsung Kekal Sebagai Pilihan Utama Pengguna Tempatan Untuk Telefon Pintar

03 Aug

Dengan berakhirnya bulan Julai, beberapa statistik terkini telah pun dikeluarkan, memperlihatkan dari segi penggunaan peranti mudah-alih, platform yang menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah Android, dan diikuti dengan jenama pengeluar peranti yang dipilih adalah Samsung. Data ini dikeluarkan oleh Statcounter, salah satu badan yang mengumpulkan statistik pengguna daripada pelbagai sumber berbeza. Jikalau dilihat dari segi sistem operasi mudah-alih yang menjadi pilihan para pengguna tempatan, Android mengekalkan kedudukannya di tangga pertama dengan 43.16%, selain memperlihatkan peningkatan yang tinggi berbanding bulan Jun. Di tangga kedua, Symbian yang digunakan pada kebanyakkan peranti Nokia, dan diikuti oleh iOS pada tangga ketiga dengan 13.44%. Dari segi pengeluar peranti pula, Samsung mula menjarakkan diri mereka daripada Nokia, dimana kini Samsung meliputi 31.71% berbanding Nokia hanya 24.34%. Di tangga ketiga pula adalah Sony dengan 18.59%. Apple muncul ditangga ketiga dengan pegangan pasaran sebanyak 13.4%. Perkara ini juga sekaligus memperlihatkan Samsung dan Sony adalah antara pilihan peranti Android dikalangan pengguna tempatan, disamping beberapa jenama lain, seperti HTC, LG dan sebagainya. Namun, angka ini mungkin memperlihatkan perubahan tidak lama lagi, apatah lagi dengan platform Windows Phone 8 yang mula diberikan perhatian serius oleh Nokia, selain Google yang baru melancarkan Android 4.1 Jelly Bean kepada umum.

 
Leave a comment

Posted by on August 3, 2012 in Info ICT

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s