RSS

Menambah Sokongan Desktop Maya Pada Windows

03 Aug

Pada Linux, sokongan desktop maya didatangkan terbina, sekaligus memudahkan para pengguna menguruskan kerja dan pelbagai tetingkap yang dibuka dengan mudah. Para pengguna Windows, turut sama boleh mengambil peluang menggunakan fungsi ini melalui aplikasi percuma yang dinamakan Dexpot. Dexpot membolehkan anda menambah lebih daripada 4 desktop maya pada komputer anda, disamping boleh menarik dan menambah sesuatu tetingkap daripada satu desktop ke yang lain. Selain daripada itu, ia juga didatangkan dengan sokongan melihat semua desktop dalam bentuk skrin penuh, salah satu fungsi seumpama yang dibawakan oleh aplikasi Mission Control, tetapi lebih mudah dikendalikan pada Dexpot. Tetingkap tetapan untuk Dexpot sendiri menawarkan pelbagai fleksibiliti, membolehkan anda menambah pelbagai perkara, termasuk kekunci pintas, dan juga menambah lebih banyak desktop maya pada komputer anda. Namun, seperti biasa, kelancarannya bergantung kepada sokongan cip pemprosesan dan memori pada komputer anda. Bagi yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Dexpot secara percuma daripada halaman rasmi mereka, dan mula menggunakannya pada komputer Windows anda. Sebagai perhatian, ketika memasang aplikasi ini, ia akan menawarkan plugin tambahan untuk iTunes, dimana anda boleh melangkauinya sekiranya tidak inginkan aplikasi tambahan dipasang pada komputer anda. Selamat mencuba !

 
Leave a comment

Posted by on August 3, 2012 in App

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s